Pilih cara anda nak menginap di Bayu Kebun; daripada tapak camping, Teratak Dusun hingga Rumah Pokok.
Camping



RM50/tapak/malam
Pilih tapak di Zon Sungai atau Zon Dusun dan bawa kelengkapan camping anda sendiri.
- 34 tapak tersedia
- Zon Sungai: 25 tapak, saiz tapak sekitar 20′ × 20′
- Zon Dusun: 9 tapak, saiz tapak sekitar 12′ × 12′ hingga 12′ × 20′
- Plug elektrik tersedia berhampiran tapak.
- Maksimum sekitar 4–6 orang setiap tapak.
Lebih fleksibel, tiada waktu check-in & check out
Teratak Dusun



RM120/unit/malam
Ruang tidur ringkas di dalam dusun untuk anda yang mahukan lebih privasi berbanding camping.
3 unit tersedia
Selesa untuk 4 orang
Maksimum 5 orang
Bilik air di dalam bilik
Kipas, lampu dan plug elektrik
Apa yang perlu dibawa?
Peralatan tidur tidak disediakan. Bawa toto atau alas tidur, bantal, selimut dan keperluan peribadi anda.
6 orang ke atas perlu ambil unit tambahan.
Check-in: 2.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari
Rumah Pokok



RM280/malam
Rumah Pokok tiga tingkat yang rustic untuk keluarga dan kumpulan yang mahu menginap bersama di tengah dusun.
Kapasiti sekitar 16 orang
1 bilik tidur di tingkat atas
1 Balkoni luas
Ruang untuk sekitar 2 khemah di bahagian bawah
Bilik air terletak di luar Rumah Pokok, di Zon Dusun
Apa yang perlu dibawa?
Peralatan tidur tidak disediakan. Bawa toto atau alas tidur, bantal, selimut, khemah dan keperluan peribadi anda.
Check-in: 2.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari
