Fasiliti di Bayu Kebun

Kami sediakan kemudahan asas supaya anda boleh menikmati masa di kebun dengan lebih selesa.

Sungai

Sungai cetek mengalir melalui kawasan Bayu Kebun. Sesuai untuk bermain air, duduk santai atau menikmati suasana kebun.

Tandas & Bilik Air

Kemudahan tandas dan bilik air disediakan di Zon Sungai dan Zon Dusun untuk kegunaan penginap.

Dapur, Ruang Makan & BBQ

Ruang dapur, makan dan BBQ dikongsi bersama penginap Bayu Kebun.

Dapur gas, tempat mencuci, sabun basuh pinggan dan beberapa peralatan memasak asas disediakan.

Campers juga boleh memasak di tapak masing-masing. Jika anda perlukan peralatan tertentu, sebaiknya bawa sendiri mengikut keperluan.

Plug Elektrik

Setiap tapak camping mempunyai akses kepada plug elektrik. Plug juga tersedia di sekitar ruang penginapan dan fasiliti utama.

Surau

Ruang solat disediakan di dalam kawasan Bayu Kebun.

Gazebo & Ruang Santai

Terdapat gazebo dan beberapa ruang untuk duduk, berehat dan berkumpul di sekitar kebun.

Kolam Mandi

Kolam dibuka pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.


Musim Buah

Datang pada waktu yang tepat dan anda mungkin bertemu musim rambutan, dokong atau durian di Bayu Kebun.

Ketika musim buah, penginap boleh petik dan makan rambutan atau dokong di kebun secara percuma.

Kalau mahu bawa pulang, buah akan ditimbang dan dijual mengikut hasil serta stok semasa.

Untuk durian, buah perlu ditimbang dan dibayar terlebih dahulu sebelum dimakan di Bayu Kebun.


Dekat dengan Lata Belatan

Bayu Kebun terletak kira-kira 2.6 km dari Lata Belatan, kawasan rekreasi dan air terjun di kaki Gunung Tebu.

Boleh singgah bermain air atau menikmati kawasan sekitar sebelum atau selepas menginap di Bayu Kebun.


Nak menginap di Bayu Kebun?

Pilih antara Camping Ground, Teratak Dusun atau Rumah Pokok, kemudian WhatsApp kami untuk semak tarikh dan booking.

[LIHAT PENGINAPAN]
[WHATSAPP — SEMAK TARIKH]