Nak menginap di Bayu Kebun?
Pilih Camping Ground, Teratak Dusun atau Rumah Pokok, kemudian WhatsApp kami untuk semak kekosongan.
1. WhatsApp Kami (011-16858791)
Hantar tiga maklumat:
Tarikh penginapan
Pilihan penginapan — Camping / Teratak Dusun / Rumah Pokok
Jumlah tetamu
2. Semak Kekosongan
Kami akan semak kekosongan pada tarikh pilihan anda dan maklumkan jumlah bayaran.
3. Bayar Deposit 50%
Deposit sebanyak 50% daripada jumlah tempahan diperlukan untuk mengesahkan booking.
Tempahan hanya dianggap confirmed selepas deposit diterima.
4. Bayar Baki
Baki bayaran boleh dijelaskan semasa check-in.
Terma & Syarat Booking
Kami cuba pastikan proses booking semudah mungkin. Beberapa perkara ini penting untuk diketahui sebelum membuat bayaran.
Deposit
Deposit 50% diperlukan untuk mengesahkan booking.
Deposit yang telah dibayar adalah tidak dikembalikan dan tidak boleh dipindahkan ke tarikh lain.
Pembatalan & Pertukaran Tarikh
Pembatalan & Pertukaran Tarikh
Sekiranya pelanggan tidak dapat hadir pada tarikh yang telah ditempah:
• Reschedule atau pertukaran tarikh tidak dibenarkan.
• Pelanggan boleh mencari pengganti untuk menggunakan booking tersebut pada tarikh yang sama.
• Jika tiada pengganti, deposit 50% akan dianggap hangus.
Jika ingin menginap pada tarikh lain, pelanggan perlu membuat booking baharu dari awal, tertakluk kepada kekosongan.
Pembatalan oleh Bayu Kebun
Sekiranya Bayu Kebun terpaksa membatalkan penginapan kerana cuaca buruk, keadaan tidak selamat atau sebab operasi yang tidak dapat dielakkan, pelanggan boleh memilih untuk:
Tukar ke tarikh lain atau menerima bayaran balik penuh.
Cuaca
Bayu Kebun ialah penginapan outdoor. Hujan dan perubahan cuaca merupakan sebahagian daripada keadaan semula jadi di kawasan kebun.
Jika berlaku cuaca buruk atau keadaan yang menyebabkan Bayu Kebun tidak selamat untuk beroperasi, kami akan menghubungi tetamu untuk memaklumkan availability campsite.
Waktu Menginap
Camping Ground
Tiada waktu check-in & check-out.
Teratak Dusun & Rumah Pokok
Check-in: 2.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari
Waktu boleh menjadi lebih fleksibel sekiranya tiada tempahan sebelum atau selepas penginapan anda.
Penggunaan Kawasan
Sama-sama jaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan sepanjang berada di Bayu Kebun.
Kanak-kanak hendaklah berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga, terutamanya ketika berada berhampiran sungai, kolam dan kawasan outdoor.
Dah bersedia?
WhatsApp kami dengan tarikh, pilihan penginapan dan jumlah tetamu. Kami akan semak kekosongan untuk anda.
