Pilih cara anda nak menginap di Bayu Kebun; daripada tapak camping, Teratak Dusun hingga Rumah Pokok.

Camping

RM50/tapak/malam
Pilih tapak di Zon Sungai atau Zon Dusun dan bawa kelengkapan camping anda sendiri.

  • 34 tapak tersedia
  • Zon Sungai: 25 tapak, saiz tapak sekitar 20′ × 20′
  • Zon Dusun: 9 tapak, saiz tapak sekitar 12′ × 12′ hingga 12′ × 20′
  • Plug elektrik tersedia berhampiran tapak.
  • Maksimum sekitar 4–6 orang setiap tapak.

Lebih fleksibel, tiada waktu check-in & check out

Teratak Dusun

RM120/unit/malam

Ruang tidur ringkas di dalam dusun untuk anda yang mahukan lebih privasi berbanding camping.

3 unit tersedia
Selesa untuk 4 orang
Maksimum 5 orang
Bilik air di dalam bilik
Kipas, lampu dan plug elektrik

Apa yang perlu dibawa?

Peralatan tidur tidak disediakan. Bawa toto atau alas tidur, bantal, selimut dan keperluan peribadi anda.

6 orang ke atas perlu ambil unit tambahan.

Check-in: 2.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari

Rumah Pokok

RM280/malam

Rumah Pokok tiga tingkat yang rustic untuk keluarga dan kumpulan yang mahu menginap bersama di tengah dusun.

Kapasiti sekitar 16 orang
1 bilik tidur di tingkat atas
1 Balkoni luas
Ruang untuk sekitar 2 khemah di bahagian bawah
Bilik air terletak di luar Rumah Pokok, di Zon Dusun

Apa yang perlu dibawa?

Peralatan tidur tidak disediakan. Bawa toto atau alas tidur, bantal, selimut, khemah dan keperluan peribadi anda.

Check-in: 2.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari