
Suatu hari, saya dan Ibu ke Seminar Pertanian anjuran Jabatan Pertanian Terengganu. Banyak pengisian daripada para pembentang yang membuka mata kami.
Antaranya adalah usaha pihak kerajaan untuk advocate rakyat terutama para petani dan peladang supaya kurangkan penggunaan racun dan baja kimia kerana ini antara punca utama kepada masalah alam sekitar selain daripada penggondolan hutan untuk kegiatan perladangan.
Racun dan baja kimia ini lazimnya turut mengalir ke sungai terdekat seterusnya menuju ke laut. Umum tahu sumber air seperti sungai ni kita buat minum, masak, perikanan dan lain-lain.
Minta jauhlah daripada jadi macam China, di tepi sungai mereka tu ada satu perkampungan dipanggil ‘Kampung Barah’ sebab hampir semua penduduk di sana kena kanser. Air sungai mereka dah tercemar dengan bahan-bahan kimia sisa industri. Perikanan pun dah tak boleh makan sehinggakan nelayan-nelayan mereka keluar ke perairan luar sampai kena tangkap dengan kerajaan Korea.
Untuk industri pertanian ni, Jabatan Pertanian perkenalkan inisiatif pensijilan MyGAP, iaitu mengiktiraf mana-mana kebun dan ladang yang bergiat secara lestari atau mesra alam.
Kalau dapat sijil ni maksudnya hasil pertanian anda berkualiti kerana bukan mudah nak patuh dengan standardnya yang tinggi. Dari sampel tanah, buah, pokok dan sebagainya diambil oleh para penyelidiknya untuk pengujian.
Sijil ini akan berguna untuk pasarkan produk pertanian berkenaan ke high-end market seperti supermarket mahal-mahal dan eksport ke luar negara. Misalnya ke Singapura yang umum tahu amat strict dan teliti. Kalau mereka nampak satu durian rosak, satu lori disuruh patah balik, tak nak terima.
Apa pun makna paling besar bagi usaha ini adalah kita cuba sedaya upaya kurangkan kerosakan pada bumi. Sekarang satu dunia termasuk Malaysia sedang menuju ke arah kelestarian seperti tumpukan pada teknologi hijau, pengurusan sisa dan penanaman pokok.
Sedikit demi sedikit, mungkin sudah ramai yang mula celik bahawa akibat tidak mentadbir bumi dengan baik ini amat tinggi harganya, adakalanya menuntut korban nyawa seperti bencana alam dan penyakit.

Leave a Reply